UNIT SUKAN, JPN PERLIS.

RUGBY MSSPs




Rugby Perlis merupakan sebuah pasukan yang mantap dan mempunyai kemampuan untuk memberi cabaran kepada pasukan lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan Rugby Perlis adalah sebuah pasukan juara. Boleh dikatakan kesemua pemain pasukan ini merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin atau lebih dikenali sebagai SEMSIRA. Tidak dinafikan bahawa SEMSIRA merupakan Kilang melahirkan pemain-pemain rugby yang berjaya. Terdapat beberapa pemain yang telah terpilih untuk mengalas cabaran pasukan Malaysia diperingkat antarabangsa. Antara pemain yang pernah mewakili malaysia seperti Hafiz Zainon, Mior , dan ramai lagi. Baru-baru ini pasukan yang mengabungkan pemain lama dan baru dari sekolah ini telah berjaya melonjakkan nama perlis apabila berjaya mendakap Piala Presiden. Selain itu telah berjaya layak ke separuh akhir pada kejohanan Piala Agung. Pelbagai lagi kejayaan yang terhasil daripada pasukan ini. Kejayaan demi kejayaan ini merupakan hasil kerjakeras daripada pelbagai pihak. Tulang belakang pasukan rugby ini merupakan seorang individu yang amat meminati sukan ini dan telah bekerja keras dari tahun 90- an lagi iaitu Azmi Saad. Azmi Saad merupakan seorang Guru disekolah tersebut dan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kejayaan rugby di Perlis ini. Ramai pemain yang telah dipancing oleh beberapa kelab yang terkenal. Terdapat ramai pamain perlis yang mewakili DBKL dan pasukan-pasukan kelab yang berpusat di Lembah Klang. Secara keseluruhannya pasukan ini dan sukan ini mampu memberi kejayaan kadapa Perlis dan sama- samalah kita memberi sokong kepada mereka.
Share on Google Plus

About Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment