UNIT SUKAN, JPN PERLIS.

contoh kerja projek

NAMA PROJEK : MAT KAMPOI


LATAR BELAKANG :

Bidang sukan Jabatan Pelajaran Perlis lebih dikenali menerusi Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs).

MSSPs berperanan mengelola pertandingan peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan (Zon ) , Negeri , Kebangsaan dan Antarabangsa.

Menyertai pertandingan peringkat sekolah Zon, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Jabatan Pelajaran Perlis melihat kurangnya peranan sekolah memainkan peranan dalam program pembangunan atlet bagi memenuhi keperluan sukan prestasi tinggi.

Agensi lain khususnya MSN terpaksa melaksanakan program pembangunan (Tunas Cemerlang & Sukan Teras) dengan menubuhkan pusat latihan di sekolah dengan menggunakan guru sebagai jurulatih.

Program Pembangunan Sukan adalah untuk mengenal pasti jurulatih dan atlet serta melatih atlet muda yang berbakat di sekolah (12– 18 tahun) dalam jumlah yang ramai. Dengan ini, pembentukkan atlet atau pasukan remaja kebangsaan akan lebih mudah dilakukan.

Membangunkan atlet sekolah bermula daripada sekolah rendah hingga menengah melalui Program Pembangunan sukan MSSPs yang dikenalpasti.





PERINGKAT 1 : PERANCANGAN PROJEK.

A. IDENTIFIKASI PROJEK

Projek yang diadakan adalah projek inovasi bagi memupuk komitmen dan mengenal pasti jurulatih baru untuk mengenalpasti atlet dan melatih atlit sukan Peringkat Negeri Perlis dalam sukan bola sepak.

B. MENGENAL PASTI MASALAH

Masalah utama yang dihadapi oleh Unit Sukan , Jabatan Pelajaran Perlis ialah kekurangan jurulatih dan atlet yang beminat dalam sukan bola sepak diperingkat negeri Perlis untuk membawa cabaran Negeri Perlis dalam pertandingan sukan peringkat zon utara dan kebangsaan.









C. PUNCA MASALAH

Kaedah penentuan masalah dan punca masalah dilakukan secara :

i. Pemantau dan pemerhatian diperinkat Pusat Latihan Daerah dan Sekolah Sukan Negeri.

ii. Pemantau dan pemerhatian diperingkat sekolah , zon dan pertandingan peringkat negeri.

iii. Melalui satu sesi sumbang saran , Jawatankuasa Pembangunan Sukan Bola sepak Majlis Sukan Sekolah Perlis telah menggunakan radas kualiti iaitu rajah ishikawa bagi mengenalpasti punca masalah.





D. Rajah1 : Ishikawa Mat Kampoi





Dari semua punca masalah yang di tunjukkan dalam rajah Ishikawa , maka punca utama masalah ini disebabkan kurang nya bilangan jurulatih dan pelajar terhadap sukan bola sepak .





E. SENARAI PROJEK PILIHAN

Projek yang dicadangkan adalah seperti berikut;

1. Pengambilan Jurulatih Luar.

2. Jabatan membawa balik guru bola sepak yang bertugas di luar negeri.

3. Pertandingan bola sepak Zon dan Negeri

4. Perlis Top 10.

5. Mat Kampoi.





F. ANALISIS JURANG

Analisis ini dibuat untuk menentukan apabila projek ini selesai , bilangan atlet akan bertambah dan lebih kominted dalam menjalankan latihan dengan penuh komitmen dan menambah bilangan jurulatih dan kepegawaian sukan bola sepak.

Bil. Status Semasa Status Yang Hendak Dicapai

1. Kota Jurulatih di sekolah ,PLD tidak dapat di penuhi Semua kota jurulatih di sekolah, PLD dapat di penuhi

2. Jurulatih tidak komited dalam tugas Jurulatih yang komited

3. Jurulatih menolak tawaran untuk membawa pasukan ke kejohanan PLD Zon dan Kej. MSSM Jurulatih bersaing untuk melatih pasukan PLD,Zon dan ke Kejohanan MSSM

4. Kurang bilangan pelajar hadir dalam pemilihan pasukan zon,PLD dan Negeri.

Ramai pelajar yang berminat bermain sukan

5. Pelajar berminat sukan lain selain bola sepak Ramai pelajar memilih sukan bola sepak sebagai kegiatan kokurikulum



G. MATLAMAT.

Melahirkan ramai pelajar dan pegawai sekolah komited dan menyumbang tenaga untuk kemerlangan sukan bola sepak negeri Perlis.





H. OBJEKTIF

1. Melahir ramai jurulatih di kalangan pendidik yang komited.

2. Melahirkan pelajar ramai bilangan pelajar yang berjaya dalam sukan bola sepak

3. Menempatkan carta top 10 negeri Perlis di peringkat kebangsaan.

4. Kecemerlangan sukan negeri dan negara.





I. SASARAN

1. Pelajar sekolah negeri Perlis

2. Guru – guru Negeri Perlis

3. Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.



J. STRUKTUR PECAHAN KERJA



Rajah 2 : Struktur Pecahan Kerja Projek Mat Kampoi





K. CARTA PELAKSANAAN PROJEK



Rajah 3 :Jadual pendahulu



Rajah 4 : Carta Gantt Jadual Pendahulu

PERINGKAT II : PELAKSANAAN PROJEK

A. Jawatankuasa Pelaksana





Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa Projek dibentuk bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan berjaya.

Pengerusi : En. Dun bin Kasa

Yang Dipertua Majlis Sukan Sekolah Perlis

Naib Pengerusi : En. Nuzrin b . Nuiman

Timbalan Yang Dipertua Majlis Sukan Sekolah Perlis

Setiausaha : En. Sharudin bin Mahmud

Ketua Unit Sukan , JPN Perlis.



Naib Setiausaha : En. Lutpi bin Lebai Ahmad

Pegawai Teknikal Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, JPN Perlis

Penyelaras 1 : En. Megat Hasyirat bin Hassan

Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Bola sepak MSSPs

Ajk

1. En. Mohamad Shukri b. Darus SK. Dato’ Kayaman

2. En. Shamsul Bin Shuib SK. Sena

3. En. Badrul Hisyam b. Ahmad SK. Kayang

4. En. Shabuddin bin Kadir SK. Kubang Gajah

5. En. Wan. Irhandi bin Zubir SK. Dato’ Kayaman

6. En. Shariman bin Mansor SK. Utan Aji

7. En. Nor Syahidan Bin Ahmad SK. Tengku Budriah



B. MATRIK TANGGUNGJAWAB

Sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan adalah lebih mudah untuk mengesan pelaksana yang bertangungjawab bagi menentukan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan mengikut takwim seperti jadual 1



Jadual 1 L Jadual Matrik Tanggungjawab

Bil Nama pegawai Senarai aktiviti

01 02 03 04 05 06 07 08

1 Setiausaha dan Penolong / /

2 Penolong setiausaha / /

3 Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan / /

4 Ketua Jurulatih /

5 Ketua Pengadil /

6 Pengurus Pasukan / /





1. Mesyuarat

2. Surat siaran

3. Teknikal

4. Kejurulatihan

5. Kepengadilan

6. Latihan

7. Laporan

8. Pemantaun



C. ANGGARAN PROJEK

Bil Butiran RM

1 Kejohanan Peringkat Zon (RM 1200.00 X 8 zon ) 9600.00

2 Kejohanan Peringkat negeri 1200.00

2. Latihan (RM4.00 X 20 hari X 20 atlet ) 1600.00

3 Perlawanan pendedahan 3000.00

4 Makam dan minum semasa kejohanan MSSM (RM15.00 X 18 atlet X 9 hari ) 2430.00

5 Perbelanjaan pengangkutan (RM1300.00 X 9 hari ) 11700.00



Jumlah 29530.00















D. PENGAWALAN PROJEK

Bil. Aktiviti Anggaran kos Kos sebenar Varian Kos Angaran Masa Masa Sebenar Varian Masa

1 Mesy.J/K Pembangunan 1 Hari 1 Hari

2 Lantikan Jk Pembangunan 1 Hari 1 Hari

3 Kejohanan Bola sepak PKP1 1200 1200 5 Hari 5 Hari

4 Kejohanan Bola sepak PKP2 1200 1200 5 Hari 5 Hari

5 Kejohanan Bola sepak PKP3 1200 1200 5 Hari 5 Hari

6 Kejohanan Bola sepak PKP4 1200 1200 5 Hari 5 Hari

7 Kejohanan Bola sepak PKP5 1200 1200 5 Hari 5 Hari

8 Kejohanan Bola sepak PKP6 1200 1200 5 Hari 5 Hari

9 Kejohanan Bola sepak PKP7 1200 1200 5 Hari 5 Hari

10 Kejohanan Bola sepak PKP8 1200 1200 5 Hari 5 Hari

11 Mesyuarat J/K Pembangunan 1 Hari 1 Hari

12 Lantikan jurulatih 1 Hari 1 Hari

13 Kejohanan bola sepak MSSPs 1200 1200 5 Hari 5 Hari

14 Perlawanan Pendedahan 3000 3000 1 Hari 1 Hari

15 Latihan Berpusat Pasukan 1600 1600 20 Hari 20 Hari

16 Kejohanan Bola sepak MSSM 14130 1413 6 Hari 9 Hari + 3 hari

17 Post Morterm 1 Hari 1 Hari















E. ANALISA DAN PENAMBAHBAIKAN

Projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama dan komidmen yang tinggi dari semua J/K Pembangunan Bola sepak Majlis Sukan Sekolah Perlis dan sekolah – sekolah yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung.

Projek harus diteruskan dari tahun ke tahun untuk membangunkan pembangunan sukan khasnya bola sepak dari akar umbi. Sekiranya peruntukan bertambah projek ini akan diperbanyak aktiviti pendedahan awal pasukan bola sepak negeri.

Adalah didapati atlet yang terlibat diperingkat kebangsaan kurang menyerlah diperingkat awal pertandingan kerana kurang beryakinan dan rendah diri, motivasi dan pendedahan perlawan harus ditambah.

Walaubagaimanapun Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Perlis Berjaya melepasi Perlis Top 10.iaitu layak ke suku akhir. Sekalung tahniah kepada semua kontigen negeri.

Share on Google Plus

About Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment